Badan yang sihat dan cantik dapat membantu menjana pendapatan hanya di Atomy

Jumaat, 25 Jun 2021

Atomy Psyllium Husk

Apa itu Psyllium Husk?                        

Psyllium adalah serat larut air daripada sekam biji psyllium. Ia adalah sejenis makanan yang sangat baik untuk dimasukkan dalam diet pemakanan anda kerana pelbagai manfaat kesihatan di dalam kandungan psyllium. Selain daripada itu,  dengan harga yang amat murah anda dapat mudah milik untuk memiliki Psyllium Husk ini di Atomy Mall. 

Psyllium Husk juga terkenal untuk rawatan, pencegahan dan memulihkan bagi penyakit seperti berikut:

  • Sembelit
  • Masalah Usus (kanser usus)
  • Mengawal berat badan
  • Kembung Perut/Angin
  • Kolesterol
  • Kencing Manis

Cara paling mudah untuk mendapatkan manfaat psyllium adalah dengan mencampurkan  ia ke dalam bijirin anda atau memasukkan bahan tersebut ke dalamNo anda. Dengan berbuat demikian, anda dapat meningkatkan pengambilan serat harian anda.   Anda boleh juga memasukkan ke dalam gelas yang berisi air dan kacau sehingga larut dan terus meminumnya.

Atomy telah mengeluarkan produk terbaharu ini untuk mengatasi masalah yang disenaraikan dengan nama Atomy Psyllium Husk.  Kandungan utamanya  terdiri daripada psyllium husk, ditambah dengan perlbagai buah berries dan juga buah prun bagi menambahkan rasa yang lebih berkhasiat dan lebih lazat.  Dengan pengambilan sehari satu sachet selepas sarapan sudah mencukupi untuk menyihatkan usus anda disamping itu anda dapat mengawal berat badan.

Bagi yang mempunyai masalah seperti sembelit, masalah usus, mengawal berat badan, perut kembung/angin, kolesterol, kencing manis, boleh mencuba produk ini kerana produk yang dikeluarkan oleh Atomy adalah halal disamping produknya sangat berkualiti dan cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah anda.


Atomy Psyllium Husk



Atomy Psyllium Husk Botanical Beverage Mix Psyllium Husk With Prune

Psyllium melambatkan kadar penyerapan karbohidrat

Psyllium dikatakan boleh melambatkan kadar penyerapan sebarang karbohidrat yang kita makan.  Oleh yang demikian, indeks glisemik (GI) makanan yang mengandungi karbohidrat diturunkan dengan lebih ketara,  kesannya adalah lebih mudah untuk menyimpan gula dalam darah dalam keadaan stabil, memastikan kadar insulin yang rendah, dan dengan itu dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan menggunakan Psyllium Husk.

Psyllium menambah lebih banyak kandungan ‘berat’ dalam pemakanan anda

Dengan menambah lebih ‘berat’ dalam pemakanan anda , ia menjadikan kita sentiasa terasa kenyang. Lebih-lebih bila Psyllium ditambah dan diambil dengan Protein Shake anda ketika sarapan atau untuk minum pagi/minum petang anda.

Psyllium mengikat kolesterol kerana ia melalui saluran gastro-usus

Salah satu manfaat kesihatan yang besar Psyllium,  ia mengikat kolesterol (dan bahan-bahan yang berpotensi toksik) kerana ia melalui saluran gastro-usus. Ini bermakna bahawa dari masa ke semasa, ia mempunyai potensi untuk menurunkan paras kolesterol anda tanpa perlu menggunakan ubat kolesterol.

Tambahan pula, dengan mengikat bahan toksik di dalam usus anda, anda boleh menghalang sebatian ini dari diserap ke dalam badan anda atau walaupun dengan bertindak balas dengan dinding usus anda. Ini boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser kolon.

Psyllium mengurangkan masa transit usus

Disebabkan Psyllium dapat mempercepatkan kadar tempoh makanan melalui usus anda , sekali lagi, ia dapat mengurangkan risiko bahan toksik yang diserap ke dalam badan atau bertindak balas dengan lapisan usus dan yang berpotensi menyebabkan kanser kolon.   Selain itu, anda akan mendapati bahawa Psyllium akan membantu  anda untuk‘membuang’ najis dengan lebih cepat. 

Dalam satu kotak mempunyai 30 sachet dan mengandungi  5g setiap satu sachet.  Dalam bentuk serbuk berwarna merah hati dan mudah menyerap dalam air untuk anda menikmatinya tanpa menunggu masa yang lama.


Memandangkan Psyllium Husk ini adalah serat larut air, anda dinasihatkan untuk minum air kosong yang banyak sebaik-baiknya 3 liter sehari  untuk dapat faedah dan kasiat yang maksimum.

Perkara tentang usus yang perlu anda ketahui
  1.  Kekurangan serat dan air dalam pemakanan adalah punca utama terjadinya intenstinal disorders.
  2. Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi
  3. Tekanan boleh menyebabkan kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan intasi kepada usus kecil.
  4. Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  5. Sekiranya membran usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi dan menyerap mineral dan vitamin dan ini akan mengundang pelbagai penyakit (Tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang telah kita ambil)
  6. Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Simpton-simton usus yang tidak berfungsi dengan baik
  1.   Sakit belakang badan/tengkuk atau bahu
  2.   Masalah kulit
  3.   Keletihan/lesu dan lenguh-lenguh
  4.   Demam dan selsema
  5.   Sembelit dan cirit-birit
  6.   Masalah Penghadaman/Angin
  7.   Sakit bawah perut sebelah kiri
  8.   Kembung
Kenapa usus perlu dibersihkan?

Semakin banyak anda makan, semakin banyak bahan-bahan pencemar masuk ke dalam perut dan seterusnya berada di usus anda.  Bermakna semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kanser.  
Walaupun anda membuang air besar saban hari, tetapi masih terdapat sisa-sisa makanan yang terperangkap dalam usus anda melalui hidangan yang anda nikmati setiap hari.  Selain itu, sistem penghadaman anda menghasilkan gas-gas yang toksik akibat sisa-sia makanan yang berada dalam usus anda kesannya akan mengakibatkan saluran darah kita tercemar dan boleh mengancam kesihatan organ, buah pinggang mahupun otot anda.

Khasiat Psyllium Husk
  • Baik untuk merawat penyakit sembelit dan melegakan kesakitan yang berkaitan dengan buasir.
  • Membantau untuk menurunkan paras gula dalam darah kepada pengidap kencing manis (diabetes).
  • Peranan sebagai pelincir
  • Berkesan untuk membersihkan kolon
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Mengurangkan kembung perut atau angin
  • sebagai julap semula jadi yang selamat
  • Merawat penyakit ulser perut dan usus
  • Merawat penyakit pedih di ulu hati
  • Membantu menurunkan berat badan secara semula jadi
  • Membantu untuk cirit-birit yang biasa dan ringan


Ahad, 20 Jun 2021

Atomy Vitamic C 550mg Powder

 Antara produk Atomy yang paling laris adalah Vitamin C 550mg berbentuk serbuk.  Rasanya yang sangat sedap masam-masam manis menyebabkan anak-anak kecil pun akat suka memakannya.  Satu kotak Vitamin C mempunyai 90 sachet dengan harga RM80.00 sahaja.  D sini saya nyatakan maklumat vitamin C Atomy.   


Vitamin C



Vitamin C dalam bentuk sachet

VITAMIN C ATOMY 550mg / Sachet

=================
Vitamin C atomy berbentuk serbuk asam di dalam sachets.
Terdapat 5 bahan utama di dalam vitamin c ini..
1. Mangga.
2. Limau sitrus.
3. Strawberry.
4. Delima
5. Kunyit
Kebaikannya semua bahan2 ini di ekstrak dari sumber2 alami yang segar. Berbanding pengeluar produk lain, *MEREKA MENGGUNAKAN PENGEKSTRAKAN DARI BAHAN2 KERING*.
Jika di ekstrak atau di ambil dari bahan2 segar..
Contoh ekstrak dari limau sitrus segar..sumber vitamin adalah yang terbaik dan mantap.
KEBAIKAN VITAMIN C ATOMY
==========================
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Badan yang sihat
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
3.Anti - Oksida.
Vitamin C Atomy adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat".
*sel karat* boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti *atherosclerosis* yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Vitamin C Atomy ini juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Menjaga Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6.Kurangkan kadar keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
7. Untuk kuruskan badan.
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Anti Stress.
Vitamin C Atomy juga membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Penjagaan mata - anti katarak.
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa dan kanak-kanak.
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1100mg Vitamin C Atomy (2 sechets) sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan qualiti penglihatan.
10. Elakkan barah (anti cancer).
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C Atomy boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang.
Jom dapatkan Vit C Atomy. Pm saya segera.









Isnin, 9 November 2020

Sejarah Hemohim

Hemohim adalah suatu supplement dan merupakan produk anak emas dalam Atomy.  Bagaimana ia bermula?

Ia bermula apabila lebih 1,300 orang scientist dan 4000 orang Reseacher/pakar di Korea Atomic Energy (Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea) – (KAERI) meminta pemerintah Korea Selatan melakukan sesuatu dalam usaha melindungi keselamatan para scientis dan Researcher berkenaan yang amat berisiko terdedah kepada persekitaran radiasi nuklear atom yang boleh menyebabkan barah atau kanser.

Akhirnya kerajaan Korea bersetuju memperuntukkan grant bernilai lebih 5 juta US Dollar kepada pusat berkenaan dan memberi masa 10 tahun kepada kumpulan berkenaan untuk mencari satu produk bersumberkan alam semula jadi tempatan.

Sekiranya kumpulan berkenaan gagal dalam tempoh masa yang diberi, program penyelidikan tersebut harus dihentikan. Dengan usahasama dan kegigihan kumpulan saintis berkenaan, akhirnya membawa kepada penemuan produk HemoHIM ini pada tahun ke-8 research mereka. Jelaslah bahawa HemoHIM asalnya adalah untuk kegunaan dan manfaat kumpulan 3000 orang lebih Scientist dan Researcher nuklear Korea Selatan di Pusat Tenaga Atom negara berkenaan.
A brief introduction on HemoHIM – a South Korean Health Food Supplement developed by Korea Atomic Energy Research Institute (KAERI) in collaboration with Kolmar Company and manufacturer under licence by SunBioTech Industries. This is a National research project supported by the Ministry of Science and Technology, Korea, the team has developed HemoHIM, a great herbal composition for enhancing the immune system.
* KAERI – Korea Atomic Energy Research Institute @ Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea





Kenapa perlu jadi ahli Atomy?

 Ramai tertanya tanya mengapa anda perlu menjadi ahli di ATOMY?

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, kita lihat  mengapa ramai di antara kita berebut-rebut ingin menjadi ahli di kedai/farmasi/supemarket seperti berikut;

1.Watson

2.Popular

3.Metro

4.Kedai RM2

5.Pharmacy

6.Bonuslink

7.VVIP Club Member dan lain lain.

 ðŸ”¶ Ini adalah berkemungkinan disebabkan mereka tertarik dan di pengaruhi oleh  beberapa sebab seperti:

1. Diskaun

2. Jualan Hebat

3. Pengaruh dari “Khas Untuk Ahli Saja

4.Kumpulkan point hasil dari pembelian kemungkinan kelak akan menebus hadiah misteri dari pihak agensi tersebut. 

.

Berbalik kita kepada ATOMY. Apakah perbezaan dan persamaan antara Atoimy dengan  perniagaan tersebut?

 ðŸ”¶Persamaan:

1. Keahlian adalah percuma

2. Ahli layak menggumpulkan point, namun point di kumpul bukan untuk tujuan menebus hadiah tetapi anda diberi pilihan menebus wang

3. Harga:  Ahli akan menerima memanfaat harga jauh lebih murah daripada  pharmacy/ supermarket dan lain-lain lagi sebab harga ditawarkan adalah harga kilang.

 

🔶Perbezaan?

1.. Jika anda menjadi ahli di Watson/ Popular dan seumpamanya, anda  akan diberikan kedai maya? Tidak,  tetapi di Atomy anda  boleh mempromosikan barangan Atomy dengan rakan taulan untuk membeli dan seterusnya menjadi ahli di bawah rangkaian anda.

2.. Adakah supermarket / pharmacy memberikan anda keistimewaan membeli secara online? Tidak.  Hanya di Atomy sahaja memberikan keistimewaan kepada ahli untuk membeli secara online pada bila-bila masa.

 3.Bayaran pos, adakah Supermarket / pharmacy  dan lain lain menawarkan anda pilihan kaedah pembayaran pos adalah pilihan? Tidak, tetapi di Atomy Ahli mempunyai pilihan sama ada barang di beli terus di hantar ke alamat di sediakan dengan bayaran pos atau anda cuma perlu mengambil barang anda di Education Center tanpa sebarang bayaran pos.

 4.Sekiranya anda membeli barang barang di EON/ Watson dan lain lain, point yang di kumpulkan tidak akan luput?  Tidak, tetapi  di Atomy, point individu anda akan dikumpulkan dan semakin bertambah dan tidak akan luput sehingga akhir hayat anda.

 5.Sekiranya anda membeli-belah di supermarket/ pharmacy/ Watson dan lain lain, adakah  anda boleh mendapat pendapatan pasif? Tidak, tetapi di Atomy, pendapatan adalah residual dan anda layak mewarisi pendapatan anda sehingga kepada 3 generasi anda

Jumaat, 6 November 2020

HEMOHIM

 APA SEBENARNYA HemoHIM


• HemoHIM adalah satu supplement dengan fungsi imun khusus yang telah dihasilkan dari herba Angelica Radix, Lingusticum Sinense (Chuanxiong Rhizoma) dan Paeonia Lactiflora (Paeoniaen Alba Radix) melalui kejuruteraan biologi dan teknologi radiasi.
• HemoHIM adalah singkatan perkataan yang bermaksud:
• Hemo - Singkatan kepada perkataan “Hemoglobin” membawa oksigien dari paru- paru keseluruh badan di mana ia mengeluarkan oksigen untuk membakar nutrien bagi menyediakan tenaga untuk fungsi metabolisme dalam tubuh badan.
• H – singkatan kepada perkayaan “Hemopoiesis” yg bermaksud..Pembentukan darah.
• I – singkatan kepada Imune iaiatu system pertahanan badan.
• M – singkatan kepada Modulasi iaitu mengatur atau mengawal
• HemoHIM adalah “Hemoglobin Hemopoiesis Immune Modulation”

Kandungan HemoHIM

Menggunakan teknologi biotek dan teknologi atom, HemoHIM dihasilkan dari 3 herba istimewa iaitu Angelica Gigas, Lingusticum Sinense dan Paeonia Lactiflora.

Selama 8 tahun kajian dibuat utk menghasilkan HemoHIM. Ujian telah dijalankan bahawa ia selamat digunakan oleh manusia. Korean Food And Drug Adminitration (KFDA) telah mengesahkan bahawa HemoHIM adalah makanan tambahan yg pertama yg telah membuktikan meningkatkan kuasa imun manusia dan haiwan.

Bahan-bahan : HemoHIM campuran Extract Herba [Angelica radix/Korea, Cnidium officiale/Korea, Paeonia japonicum /Korea], Aqua, Honey, Glyopexis, Fructo-oligosaccharide, Citric Acid, Guar Gum, Sodium Alginate, Vitamin C, Kelp Meal, Pantothenic Acid, Vitamin B6 Hydrochloride, Vitamin B1 Hydrochloride, Vitamin B2
   



Sabtu, 31 Oktober 2020

Cara Perkiraan Komisen atau Bonus

Setiap ahli Atomy akan mendapat nilai pv sekiranya membeli belah di laman Atomy. Setiap barangan  mempunyai nilai pv adalah berbeza.  Setiap kali ahli membeli barangan menggunakan id masing2, secara automatik pv yang diperoleh ahli akan di paparkan dalam akaun masing2.  Semakin banyak kita membeli, semakin bertambah pv dalam akaun kita. PV anda tidak akan lupus dan akan bertambah setiap kali pembelian bagi menentukan perkiraan bonus juga untuk kenaikan pangkat.   Apabila pv anda telah mencapai 10k,   maka bermulakan perkiraan bonus tersebut  Sekiranya pv peribadi anda sudah mencapai 10k, bermakna perkiraan bonus telah bermula.  Sekiranya rangkaian downline anda di sebelah kiri telah mencapai 300k pv dan rangkaian di sebelah kanan juga telah berjumlah 300k pv, anda layak mendapat bonus sebanyak RM80.00.  Untuk mengetahui perkiraan selanjutnya, anda boleh menonton video ini.




Perkiraan Bonus atau Komisen 


Ahad, 25 Oktober 2020

Perlu Tukar Status Consumer Kepada Distributor?

Setiap ahli baharu yang hendak didaftarkan dalam web Atomy adalah status consumer sahaja.  Consumer bermaksud hanya sebagai pengguna atau pembeli produk Atomy tanpa mahu mendapatkan  apa-apa manfaat daripada Atomy.. Sekiranya ahli ingin mengembangkan rangkaiannya untuk menjana pendapatan melalui Atomy sama ada dengan membeli produk Atomy kegunaan sendiri dan berkongsi bersama keluarga dan juga mengajak sahabat dan taulan sebagai ahli baharu dan mendaftarkan mereka di bawah rangkaiannya.  Ahli tersebut perlulah  menukarkan status Consumer kepada Distributor.  

Bagaimana ahli perlu menukarkan  status dari Consumer kepada Distributor?

Pertama sekali ahli perlu login di link yang diberikan.  Link untuk tukar status dari Consumer kepada Distributor di SINI

Akan terpapar seperti di imej berikut.


Apabila anda telah login dan memasukkan id anda, akan terpapar di sceen anda seperti imej di bawah.  Anda boleh mencetak borang pertukaran status.




Borang Pertukaran Status


Kedua ahli perlu mengisi dengan  lengkap maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.  Ahli perlu menurunkan tanda tangan pada borang tersebut serta tarikh semasa borang ditandatangan.

Ketiga ahli perlu meletakkan  kad pengenalan ahli dalam kotak tersebut.  Anda perlu scan dan snap untuk disimpan dalam pc atau hp dalam bentuk jpeg. Simpan dan namakan imej tersebut supaya mudah dicari untuk diupload dalam sistem Atomy nanti.

Keempat ahli perlu klik di link yang dilampirkan dan masukkan id serta kata laluan. klik kekotak upload untuk melampirkan  imej yang telah lengkap.  Jika telah selesai upload imej, tekan ok.


Hantar borang lengkap di link ini

https://www.atomy.kr/m/mload_my/member/login.asp

Setelah anda klik link tersebut, anda dikehendaki memasukkan id dan kata laluan anda.  Kemudian nama anda akan terpapar di laman tersebut.  Di kotak tengah terpapar kekotak upload file. Anda diminta untuk memuat naik borang yang telah lengkap.  Setelah anda memuatnaik borang tersebut, klik kekotak ok di kotak sebelah bawah.

Setelah selesai pihak Atomy akan memaklumkan proses permohonan  tersebut akan diambil tindakan dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja.  Sebagai contoh saya nyatakan di gambar di bawah.



Bagi memudahkan cara penukaran status ahli dari Consumer kepada Distributor, saya lampirkan video untuk tatapan anda semua. Selamat mencuba.




Sabtu, 24 Oktober 2020

Bagaimana untuk mendaftar ahli baharu Atomy?

 Setiap ahli Atomy yang mempunyai id dan kata laluan untuk memasuki laman web Atomy, untuk mendaftarkan ahli baharu.   Untuk menjadi ahli Atomy, anda perlu  meminta maklumat daripada mereka seperti berikut;

1.  Nama penuh mengikut kad pengenalan 

(nama yang didaftarkan perlulah sama dan sah mengikut kad pengenalan.  Nama samaran tidak dibenarkan)

2, No. Kad Pengenalaan

3. No.telefon bimbit

4, Alamat 

Alamat dan poskod juga hendaklah betul bagi urusan penghantaran barangan yang dipesan.

5. E-mel

Sebelum kita hendak mendaftar ahli baru, kita perlu lihat dan semak senarai rangkaian di bawah kita.  Setiap ahli perlu mempunyai dua orang di bawah mereka.  jika sudah cukup dua orang, ahli perlu mendaftarkan ahli baru itu di bawah rangkaiannya yang mash belum lengkap atau belum mempunyai sebarang ahli.


Di sini saya sertakan video bagaimana untuk kita mendaftar ahli baru Atomy



Beli Produk Atomy dapat point (PV)?

Apa itu Atomy? Bagaimana ia boleh mendatangkan pendapatan?  Soalan itu sering ditanyakan oleh orang yang ingin mengetahui tentang Atomy setiap kali saya membuat promosi barangan jenama Atomy dari negara Korea.   Mereka juga merasakan bagaimana boleh menjana pendapatan melalui Atomy dengan tidak mengeluarkan sebarang modal atau yuran tahunan.  Secara dasarnya,  Atomy merupakan platform untuk kita menjana pendapatan dengan cara menjadi ahli Atomy terlebih dahulu.  Untuk mendaftar menjadi ahli Atomy adalah secara percuma.  Dengan pendaftaran tersebut kita akan diberi satu id dan kata laluan untuk membolehkan kita memasuki web Atomy.

Dengan adanya id dan kata laluan, kita boleh membeli sebarang produk Atomy secara dalam talian seperti di Lazada, Shopee dan lain-lain.  Bezanya kita membeli di Atomy, selain kita menggunakan produk yang berkualiti, kita akan memperoleh point (pv).  Semakin banyak kita membeli semakin banyak pv yang akan kita peroleh.  Sekiranya terdapat rakan taulan kita ingin menjadi ahli Atomy, kita boleh mendaftarkan mereka sebagai ahli dan mereka juga akan mendapat id serta  kata laluan sebagaimana kita sebelum ini.  Sekiranya mereka membeli produk Atomy, mereka juga akan mendapat pv dan kita juga akan mendapat pv yamg sama dengan nilai pv yang mereka peroleh.  Semakin ramai sahabat dan kenalan menjadi ahli di bawah rangkaian kita, semakin banyak pv yang kita peroleh.  Begitulah cara untuk kita mendapat bonus dengan lumayan. 

Oleh itu, sekiranya kita ingin mendapat komisen atau bonus dengan cepat, kita hanya perlu mengajak seramai yang mungkin rakan dan taulan  menjadi ahli dan membeli untuk kegnaan mereka sendiri sahaja.  Seterusnya rakan dan taulan juga untuk mendapat bonus atau komisen mereka juga akan bertindak dengan membeli barangan Atomy disamping itu mencari rakan dan taulan mereka untuk menjadi ahli. Begitulah caranya rangkaian kita akan berkembang tanpa kita ketahui.

Jom kita dengar video ini supaya lebih jelas.



Jika nak dengar lagi maklumat tentang Atomy, boleh tengok video ini juga...



Setelah anda dan semua faham apa itu Atomy dan keuntungan yang anda akan peroleh melalui Atomy,  bolehlah anda merancang bagaimana untuk menjana pendapatan dengan menjadi ahli Atomy dengan membeli dan menukar barang keperluan kepada jenama Atomy barang keperluan  untuk kegunaan sendiri disamping mengajak rakan taulan menjadi ahli dan membeli barang keperluan untuk kegunaan sendiri.  



Jumaat, 9 Oktober 2020

Bagaimana untuk menjana pendapatan melalui Atomy?

Setiap bulan kita akan membeli produk keperluan  harian seperti pencuci pinggan mangkuk, sabun, ubat gigi, berus gigi, shampoo dan pelembut rapi, minuman seperti kopi, penjagaan muka untuk pembersih dan kecantikan wajah, supplement untuk kesihatan dll. Sudah semestinya,  kita akan mengunjungi pasaraya setiap bulan untuk membeli keperluan tersebut dan akan mengeluarkan sejumlah wang dari dompet kita. Kita akan mendapat barangan tersebut dan begitulah kita berbelanja setiap bulan. Betul? 

Tetapi dengan membeli dan menggunakan produk Atomy bagi keperluan tersebut, anda dapat menggunakan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi  berdasarkan prinsip Atomy  dengan harga yang murah.   Disamping itu anda akan mendapat point yang dikenali sebagai PV setiap kali anda membuat belian produk di Atomy.  Untuk membeli produk tersebut, anda perlu menjadi ahli dengan berdaftar secara percuma untuk mendapatkan id anda.  Hanya  ahli Atomy sahaja yang dibenarkan untuk mendaftarkan ahli baru untuk menjadi ahli.  Setelah anda diberi id dan kata lalua, anda boleh terus membeli produk Atomy melalui web Atomy seperti berikut

www.atomy.com/my (jika anda berada di Atomy Malaysia)

Setiap ahli yang membeli produk Atomy dengan harga yang sama dan terpulang pada anda untuk membeli sebanyak mana mengikut keperluan harian anda.  Jika anda mempunyai ramai kawan, bolehlah mewar-warkan kepada mereka tentang kualiti produk Atomy supaya mereka juga berminat untuk menjadi ahli di bawah rangkaian anda.  Semakin ramai yang menjadi ahli di bawah rangkaian anda, anda layak untuk mendapat pv sebagaimana jumlah pv yang diperoleh oleh ahli di bawah rangkaian anda.  Untungkan menjadi ahli Atomy?


TIADA Pelaburan Wajib. Penyertaan 100% PERCUMA

TIADA Yuran Pendaftaran

TIADA Belian Wajib Bulanan

TIADA Kos Bayaran Penggunaan Website

TIDAK Perlu Beli Produk Untuk Menyertainya

TIDAK Perlu Beli Produk Setiap Bulan

TIADA Paksaan Belian Automatik (autoship)

TIADA Had Minima Pembelian

TIDAK Wajib Menjual Produk (Pilihan)

SATU Keahlian Boleh Berniaga Ke Seluruh Dunia

TIADA Batasan Geografi. Pasaran Adalah Global

Sistem Sokongan Dan Latihan Berterusan Terus Dari Atomy Korea

Perniagaan Kukuh, Berteknologi Tinggi Dan Mendapat Sokongan Dari Pemerintah

Sistem Pelan Pemasaran Adil, SaCara dapat pv marata Berkonsep Jemaah Dan Saling Bantu Membantu

Potensi Residual Income Dan Penjanaan Pendapatan Yang Berterusan Lagi Berpanjangan

Satu Perniagaan Multinasional Bintang Lima Yang Boleh DiWariskan

Produk Berkualiti Kelas Dunia Harga Murah Dan Mampu

Cuma Berkongsi Kelebihan Atomy Dan Mula Meraih Pendapatan

Bonus Terus Ke Akaun Bank Mingguan & Dwi Mingguan ini.

Nak tahu bagaimana pv bertambah?Tonton di sini



Apakah itu Atomy?


Selamat datang kepada anda yang berjaya sampai ke blog saya.  Tahniah diucapkan kerana anda telah dilorongkan Maha Pencipta untuk mendapat ilmu baharu berkaitan biz Atomy global.  Dengan namanya yang agak janggal pada kalangan orang Melayu.  tetapi telah menjadi viral sejak pertengahan tahun 2020 dan peningkatan begitu ketara dengan jumlah ahli baharu untuk melibatkan diri dengan Atomy.  Ini disebabkan beberapa golongan profesional terkenal di Malaysia telah telah berdaftar dan melibatkan diri secara serius sehingga ada yang telah mencapai taraf Diamond.

Secara amnya, Atomy merupakan satu peluang perniagaan 100 peratus pasaran global dengan bersama Atomy Malaysia, subsidiari Atomy Korea yang merupakan syarikat gergasi multinasional yang telah bertapak di sebahagian besar di dunia dan akan meluaskan perniagaan global ini sehingga ke seluruh dunia.



Apakah itu Atomy?


Apakah prinsip dan pegangan Atomy? 

Mild Cleaning Water Atomy

 Tahukah anda kulit wajah memerlukan pencuci utk menghilangkan kekotoran dan minyak supaya kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Mild Clean...