Setiap ahli baharu yang hendak didaftarkan dalam web Atomy adalah status consumer sahaja. Consumer bermaksud hanya sebagai pengguna atau pembeli produk Atomy tanpa mahu mendapatkan apa-apa manfaat daripada Atomy.. Sekiranya ahli ingin mengembangkan rangkaiannya untuk menjana pendapatan melalui Atomy sama ada dengan membeli produk Atomy kegunaan sendiri dan berkongsi bersama keluarga dan juga mengajak sahabat dan taulan sebagai ahli baharu dan mendaftarkan mereka di bawah rangkaiannya. Ahli tersebut perlulah menukarkan status Consumer kepada Distributor.
Bagaimana ahli perlu menukarkan status dari Consumer kepada Distributor?
Pertama sekali ahli perlu login di link yang diberikan. Link untuk tukar status dari Consumer kepada Distributor di SINI
Akan terpapar seperti di imej berikut.
Apabila anda telah login dan memasukkan id anda, akan terpapar di sceen anda seperti imej di bawah. Anda boleh mencetak borang pertukaran status.
Borang Pertukaran Status
Kedua ahli perlu mengisi dengan lengkap maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut. Ahli perlu menurunkan tanda tangan pada borang tersebut serta tarikh semasa borang ditandatangan.
Ketiga ahli perlu meletakkan kad pengenalan ahli dalam kotak tersebut. Anda perlu scan dan snap untuk disimpan dalam pc atau hp dalam bentuk jpeg. Simpan dan namakan imej tersebut supaya mudah dicari untuk diupload dalam sistem Atomy nanti.
Keempat ahli perlu klik di link yang dilampirkan dan masukkan id serta kata laluan. klik kekotak upload untuk melampirkan imej yang telah lengkap. Jika telah selesai upload imej, tekan ok.
Hantar borang lengkap di link ini
https://www.atomy.kr/m/mload_my/member/login.asp
Setelah anda klik link tersebut, anda dikehendaki memasukkan id dan kata laluan anda. Kemudian nama anda akan terpapar di laman tersebut. Di kotak tengah terpapar kekotak upload file. Anda diminta untuk memuat naik borang yang telah lengkap. Setelah anda memuatnaik borang tersebut, klik kekotak ok di kotak sebelah bawah.
Setelah selesai pihak Atomy akan memaklumkan proses permohonan tersebut akan diambil tindakan dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja. Sebagai contoh saya nyatakan di gambar di bawah.
Bagi memudahkan cara penukaran status ahli dari Consumer kepada Distributor, saya lampirkan video untuk tatapan anda semua. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan